Make your own free website on Tripod.com
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« July 2018 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
sembang
http://hata-ghazali.tripod.com/hata-ghazali/
gravesdigger / Penggali Kubur / Mohamad Hata Ghazali
Tuesday, 27 July 2004

SEORANG WANITA

Posted by hata-ghazali at 1:36 AM EDT
Updated: Thursday, 29 July 2004 10:04 PM EDT
Post Comment | Permalink
Saturday, 10 July 2004
RENCANA SAINS DALAM LAMAN DI ALAMAT INI...http://gravesdigger.blogdrive.com/
science articles in malay languagehttp://gravesdigger.blogdrive.com/

Posted by hata-ghazali at 1:44 AM EDT
Post Comment | Permalink
Friday, 25 June 2004
When you say nothing at all
Nedstat 3.0 basic utk. Lobi Melobi

Posted by hata-ghazali at 5:57 AM EDT
Updated: Friday, 25 June 2004 7:12 AM EDT
Post Comment | Permalink
Thursday, 24 June 2004
Tak sangka hari ini 2/7/04 terima chek dari BCCB RM 20.00 kerana sajak Anak Merdeka yg. terbit di Berita Minggu pada 10/8/03. TK

<xBlogxPhilesx>


Posted by hata-ghazali at 8:48 PM EDT
Updated: Friday, 2 July 2004 4:36 AM EDT
Post Comment | Permalink
Friday, 18 June 2004
Suara Mohamad Hata Ghazali
http://www.blogphiles.com/webring.shtml

Posted by hata-ghazali at 4:19 AM EDT
Post Comment | Permalink
Ejen Yang Cekap
Ejen yang cekap

Posted By: Mohamad Hata Ghazali
Date: Friday, 11 June 2004, at 11:45 p.m.

rencana

Keperluan maklum balas berkesan
Oleh Mohamad Hata Ghazali

PERKATAAN maklum balas pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada litar elektronik yang mengandungi `input' dan `output'. Saluran maklumat yang dipancarkan (input) akan keluar ke ruangan output dengan baik jika tiada gangguan atau unsur-unsur lain yang menyebabkan gangguan bunyi, isyarat atau apa-apa juga yang dikehendaki.

Pekerja yang terlibat dalam sistem memantau maklum balas mengetahui jika sistem itu kurang sensitif, maka pelbagai masalah sebenarnya wujud dan perlukan pembaikan.

Sekarang perkataan ini telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Contoh yang nyata adalah lontaran idea oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai mewujudkan jawatan `Guru Super'. Pelbagai maklum balas yang cepat dan berkesan telah diterima.

Menteri Pendidikan Datuk Hishammuddin memberikan maklum balas supaya nama yang lebih sesuai diberikan kepada guru yang telah membuktikan mutu kerja yang hebat tersebut. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman juga mencadangkan nama yang bersesuaian.

Maklum balas yang cepat dan berkesan seperti ini hanya diperoleh jika kita menguasai pelbagai teknologi seperti Internet, mel elektronik komputer, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS).

Pelbagai maklum balas amat diperlukan untuk pihak tertentu untuk melakukan penambahbaikan, mengenal pasti masalah, mengubahsuai atau membuat keputusan dengan berkesan dan tepat.

Bidang pelajaran dan pendidikan memang menjadi fokus dalam mana-mana negara. Oleh itu maklum balas apa juga yang menyentuh bidang ini akan diperoleh dengan begitu cepat. Malahan ruangan kartun Mamak Cyber juga memaparkan guru super memakai baju ala superman. Memang kelakar namun maklum balas itu penting.

Apa pun nama atau gelaran yang diberikan kepada guru yang hebat ini, mereka mestilah sesuai dengan gelaran tersebut.

Seandainya dinamakan guru cemerlang maka sikap, pengetahuan dan kemahirannya mestilah pada peringkat cemerlang sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Guru seperti ini adalah contoh dan akan menjadi piawaian untuk diikuti.

Dasar kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ketika ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi adalah 60 peratus dari aliran sains. Maka penulis beranggapan dengan ini adalah wajar kuota yang bersesuaian untuk `guru super/guru gemilang/guru cemerlang' ini diberikan kepada guru sains dan matematik berbanding guru yang mengajar subjek sastera.

Akhirnya adalah diharapkan profesion perguruan menjadi rebutan kerana merekalah ejen pembinaan negara. Mereka yang diberikan amanah untuk mengajar anak-anak kita ini terdiri daripada ejen yang cekap dan komited dalam misi dan visi mereka.

Input yang cemerlang daripada mereka akan menghasilkan output (anak-anak kita) yang gemilang untuk keperluan agama, bangsa dan negara dengan syarat tiada gangguan yang boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

- Mohamad Hata Ghazali , Jabatan Kimia, Universiti Malaya.



Posted by hata-ghazali at 3:48 AM EDT
Wednesday, 16 June 2004
Gravesdigger/HATA
Semalam Terima Chek RHB dari Utusan Malaysia RM 180.00. Terima Kasih.

Posted by hata-ghazali at 8:41 PM EDT
Post Comment | Permalink
Rencana Hari Pekerja 01 Mei 2004 dalam Utusan Malaysia
rencana

Muhasabah Hari Pekerja
SETIAP tahun pada 1 Mei diisytiharkan Hari Pekerja atau suatu masa dulu dipanggil Hari Buruh. Cuti umum untuk semua sektor pekerjaan. Jika ada yang terpaksa bekerja mereka akan dibayar tiga kali ganda gaji harian mereka. Pelbagai acara sambutan akan diadakan meraikan hari tersebut.

Sebagai pekerja ikhlaskah kita bekerja? Sebagai buruh jujurkah sumbangan kita selama ini? Adakah kehadiran kita di tempat kerja semata-mata untuk mendapat gaji, upah dan lebih banyak mementingkan diri sendiri?

Sempena Hari Pekerja ini eloklah kita bertanya kepada diri sendiri. Berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar jujur menjalankan tugas?

Berapa ramai di antara kita yang bertungkus lumus menjalankan kerja apabila berada di hadapan ketua sedangkan di belakangnya kitalah orang yang paling cekap menghabiskan waktu dengan perkara yang sia-sia?

Berapa ramai pula di antara kita yang menggunakan waktu pejabat untuk menguruskan urusan peribadi sehingga ada kalanya menghabiskan sehari suntuk tanpa mengambil cuti rehat? Malangnya, pada hari ini, mereka yang bekerja bertungkus lumus dengan segala kejujuran dan keikhlasan telah dianggap sebagai pengampu dan pembodek nombor satu.

Kejujuran dan keikhlasan mereka menjalankan tugas tidak dihargai langsung oleh rakan sejawat, ketua dan sebagainya - padahal mereka melakukannya sebagai amanah dan inginkan rezeki yang halal untuk diri dan keluarganya.

Terhakisnya sifat-sifat ini adalah kerana membaranya sifat cemburu, iri hati, syak wasangka dan lain-lain sifat buruk yang telah bermaharajalela dalam diri dan warga pekerja ketika ini. Tugasan dan kerja yang diamanahkan dilakukan hanya kerana terpaksa atau sekadar melepas batuk di tangga dan bukanya untuk mencari keredhaan Tuhan.

Justeru itu, untuk menjadi warga pekerja cemerlang di mata majikan, rakan sejawat dan yang paling penting di mata Tuhan - erti keikhlasan dan kejujuran wajar menjadi agenda utama. Lakukanlah segala amanah dengan rela dan redha tanpa agenda buruk di sebaliknya.

Etika dan pelbagai nilai murni yang telah diterapkan dalam pelbagai sektor pekerjaan hendaknya sudah sebati dengan pelbagai warga kerja. Muhasabah ini untuk diri penulis sendiri dan ingin dikongsikan bersama pembaca agar dalam hidup ini kita dapat saling berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Para majikan pula mesti menganggap kakitangannya sebagai aset yang penting yang mesti diberi pelbagai ganjaran, latihan, kursus dan sebagainya yang dianggap haknya.

Seandainya segala hak pekerja dinafikan maka mereka yang merasakan dirinya teraniaya mungkin bertukar menjadi musuh dalam selimut.

Bukan semua kebolehan dan kepandaian pekerja diketahui oleh majikan atau rakan-rakannya sendiri.

Contohnya ialah serangan Salami. Serangan Salami ialah pengaturcara boleh memprogramkan jumlah wang dalam setiap urus niaga dibulatkan sehingga ke beberapa titik perpuluhan yang dikehendaki oleh beliau. Bakinya dipindahkan ke akaun sulitnya sendiri.

- Contoh : RM120.24 dibulatkan kepada RM120.00 di mana 4 sen telah dipindahkan ke akaunnya sendiri.

- Andai terdapat 1,000 urusniaga sehari bermakna:

1,000 x RM0.04 = RM 40

Katakan bekerja selama 20 hari sebulan

- RM40 x 20 = RM800 sebulan

Jadi sebagai majikan, pemantauan juga perlu agar pekerja sendiri tidak menjadi ancaman kepada keuntungan syarikat atau agensi tempat beliau bekerja. Mungkin para pembaca masih ingat kisah seorang eksekutif bank yang begitu mewah hidupnya dan mempunyai pelbagai kereta mewah dan menjadi fokus dalam TV3. Majikannya cuma sedar setelah menonton siaran TV tersebut. Kemewahan yang dipamerkan beliau melebihi pemilik bank itu sendiri.

Barangkali pemeriksaan lebih ketat latar belakang pekerja - sama ada beliau mempunyai harta yang berlebihan atau hutang yang melebihi kemampuan. Majikan juga mesti menjelaskan segala prosedur pentadbiran seperti peraturan cuti, giliran tugas, laporan para penyelia dan sebagainya.

Akhirnya baik sebagai pekerja atau sebagai majikan - masing- masing punya peranan. Keikhlasan dan kejujuran adalah asas nilai murni yang paling penting untuk kesejahteraan kedua-dua belah pihak. - Mohamad Hata Ghazali, Kuala Lumpur.

Kirim pendapat anda melalui emel pendapat@utusan.com.my


Posted by hata-ghazali at 8:30 PM EDT
Post Comment | Permalink
Tabung untuk naik haji
Hata Ghazali

TABUNG HAJI

Posted By: Mohamad Hata Ghazali
Date: Friday, 11 June 2004, at 11:46 p.m.

rencana

Tabung untuk naik haji
Oleh Mohamad Hata Ghazali

TANYALAH kepada mana-mana orang Melayu yang beragama Islam tempat yang beliau ingin pergi? Dalam banyak tempat itu pasti dikatakannya ingin ke Mekah. Kenapa? Tentu katanya ingin beribadat, bertaubat dan ada juga jawapan yang agak mengejutkan misalnya ingin menemui ajal di sana kerana meninggal di Tanah Suci adalah satu kebanggaan kepada umat Islam.

Kepada yang telah sampai ke sana maka segala kesyahduan mengerjakan ibadat di hadapan Kaabah, kegembiraan melihat Masjid Haram, dapat mencium Hajar Aswad diceritakan kepada anak cucu dan sahabat handai.

Semuanya mendengar dengan penuh tumpuan dan menanamkan azam agar diri dan keluarganya dijemput oleh Allah ke Tanah Suci suatu masa nanti walaupun ibadat yang wajib pada dirinya ketika ini dikerjakannya secara sembrono dan lintang pukang serta mengikut suka hatinya sahaja.

Cita-cita untuk mengerjakan ibadat yang kelima itu pada kebanyakan umat Islam di Malaysia hanya dapat direalisasikan melalui simpanan di Tabung Haji.

Cukup simpanan, ada kuota yang kosong maka barulah nama kita mungkin tersenarai untuk mengerjakan haji pada tahun ini, tahun hadapan atau tahun berikutnya - itu pun kalau masih panjang umur.

Namun ramai yang terkejut bila mendengar bahawa Tabung Haji akan menaikkan lagi kos mengerjakan haji yang kini bernilai lebih daripada RM10,000. Pada 27 Mei 2004 akhbar melaporkan seorang wakil rakyat dari Parlimen Baling dan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri menyokong Tabung Haji menaikkan kos haji bagi jemaah.

Beliau berhujah, kenaikan tambang di luar kuasa Tabung Haji. Rakyat perlu faham bahawa ibadah haji hanya dituntut bagi mereka yang mampu. Dengan lain perkataan kalau tak mampu tak payahlah berangan-angan ke sana. Tidak dituntut.

Ramai yang menarik nafas lega dan berterima kasih apabila Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji mengisytiharkan pada 28 Mei bahawa kos haji tidak akan naik tahun ini dan kekal pada RM8,973 bagi Semenanjung, RM9,054 bagi Sarawak dan RM9,096 bagi Sabah.

Penubuhan Tabung Haji untuk membantu rakyat marhaen berpendapatan dan bergaji kecil untuk menunaikan fardu haji sangat membanggakan semua pihak. Namun sejak kebelakangan ini media mendedahkan banyak kes penyelewengan dan `rompakan' berlaku di Tabung Haji. Sesetengahnya jelas dan banyak lagi yang tidak jelas.

Perlukah warga dari golongan bawahan dan berpendapatan ala kadar saja setiap bulan seperti kakitangan sokongan di jabatan kerajaan, pemandu teksi pengawal keselamatan, peniaga pasar malam, penoreh getah dan pelbagai jenis lagi pekerjaan menyimpan wang mereka di Tabung Haji atau rakyat yang bercita-cita ke Mekah mesti mencari `tabung' lain yang lebih mesra pengguna, lebih memberi dividen, bonus, lebih dipercayai, lebih teguh, lebih besar dan lebih Islamik. Tepuk dada tanyalah selera!

- Mohamad Hata Ghazali, Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya.



Posted by hata-ghazali at 5:40 AM EDT
Ejen yang cekap
Hata Ghazali

Ejen yang cekap

Posted By: Mohamad Hata Ghazali
Date: Friday, 11 June 2004, at 11:45 p.m.

rencana

Keperluan maklum balas berkesan
Oleh Mohamad Hata Ghazali

PERKATAAN maklum balas pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada litar elektronik yang mengandungi `input' dan `output'. Saluran maklumat yang dipancarkan (input) akan keluar ke ruangan output dengan baik jika tiada gangguan atau unsur-unsur lain yang menyebabkan gangguan bunyi, isyarat atau apa-apa juga yang dikehendaki.

Pekerja yang terlibat dalam sistem memantau maklum balas mengetahui jika sistem itu kurang sensitif, maka pelbagai masalah sebenarnya wujud dan perlukan pembaikan.

Sekarang perkataan ini telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Contoh yang nyata adalah lontaran idea oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai mewujudkan jawatan `Guru Super'. Pelbagai maklum balas yang cepat dan berkesan telah diterima.

Menteri Pendidikan Datuk Hishammuddin memberikan maklum balas supaya nama yang lebih sesuai diberikan kepada guru yang telah membuktikan mutu kerja yang hebat tersebut. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman juga mencadangkan nama yang bersesuaian.

Maklum balas yang cepat dan berkesan seperti ini hanya diperoleh jika kita menguasai pelbagai teknologi seperti Internet, mel elektronik komputer, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS).

Pelbagai maklum balas amat diperlukan untuk pihak tertentu untuk melakukan penambahbaikan, mengenal pasti masalah, mengubahsuai atau membuat keputusan dengan berkesan dan tepat.

Bidang pelajaran dan pendidikan memang menjadi fokus dalam mana-mana negara. Oleh itu maklum balas apa juga yang menyentuh bidang ini akan diperoleh dengan begitu cepat. Malahan ruangan kartun Mamak Cyber juga memaparkan guru super memakai baju ala superman. Memang kelakar namun maklum balas itu penting.

Apa pun nama atau gelaran yang diberikan kepada guru yang hebat ini, mereka mestilah sesuai dengan gelaran tersebut.

Seandainya dinamakan guru cemerlang maka sikap, pengetahuan dan kemahirannya mestilah pada peringkat cemerlang sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Guru seperti ini adalah contoh dan akan menjadi piawaian untuk diikuti.

Dasar kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ketika ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi adalah 60 peratus dari aliran sains. Maka penulis beranggapan dengan ini adalah wajar kuota yang bersesuaian untuk `guru super/guru gemilang/guru cemerlang' ini diberikan kepada guru sains dan matematik berbanding guru yang mengajar subjek sastera.

Akhirnya adalah diharapkan profesion perguruan menjadi rebutan kerana merekalah ejen pembinaan negara. Mereka yang diberikan amanah untuk mengajar anak-anak kita ini terdiri daripada ejen yang cekap dan komited dalam misi dan visi mereka.

Input yang cemerlang daripada mereka akan menghasilkan output (anak-anak kita) yang gemilang untuk keperluan agama, bangsa dan negara dengan syarat tiada gangguan yang boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

- Mohamad Hata Ghazali , Jabatan Kimia, Universiti Malaya.



Posted by hata-ghazali at 5:39 AM EDT

Newer | Latest | Older