Make your own free website on Tripod.com
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
26 Jul, 04 > 1 Aug, 04
12 Jul, 04 > 18 Jul, 04
5 Jul, 04 > 11 Jul, 04
28 Jun, 04 > 4 Jul, 04
21 Jun, 04 > 27 Jun, 04
14 Jun, 04 > 20 Jun, 04
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
any topic just posted
Mohamad Hata Ghazali , Jabatan Kimia , Fakulti Sains, Universiti Malaya , 50603, Kuala Lumpur, Malaysia.
Monday, 26 July 2004
Pelumba Haram

medieval queen

motorbiker hanging on.

Pelumba haram

ada dendam dan marah

jiwa nan resah

motorbiker hanging on.

Pelumba haram

aksi berani mati

dadah dan arak

motorbiker hanging on.

Pelumba haram

lagak gila babi

hadiah betina

motorbiker hanging on.

Pelumba haram

amat bising dan bingit

sumpah dan maki

motorbiker hanging on.

Pelumba haram

massa tidak berdaya

edisi sesat

motorbiker hanging on.

GD- 110104


Posted by hata-ghazali at 3:48 AM EDT
Updated: Sunday, 1 August 2004 1:37 AM EDT
Post Comment | Permalink
Saturday, 10 July 2004
Rencana Sains Kimia di alamat ini...http://gravesdigger.blogdrive.com/
Rencana sains kimia dalam bahasa Melayuhttp://gravesdigger.blogdrive.com/

Posted by hata-ghazali at 1:51 AM EDT
Post Comment | Permalink
Puisi GARIS KEMISKINAN
GARIS KEMISKINAN



Si miskin itu tidak berdaya:

Membeli makanan secukupnya

untuk keluarga

membeli pakaian secukupnya

untuk keluarga

membiayai anak ke sekolah rendah

menampung rawatan

perubatan terendah



Si miskin itu tidak mampu:

Membayar sewa rumah

membaca, mengira dan menulis

apatah lagi memiliki rumah.



Si miskin itu cuma mampu:

merungut dan merintih

menangis dan mengemis

mengharapkan insan yang simpatis



Wahai insan yang mulia

dan kaya raya

bantulah mereka-siapa pun mereka

keluarkan mereka dari garis neraka

hiburkan mereka dengan berita gembira

keluarkan bantuan selagi terdaya

sekolahkan anak cucu mereka

bina rumah untuk mereka

sediakan modal untuk mereka

perkukuhkan akidah mereka

bimbinglah mereka ke jalan syurga !





- HATA GHAZALI
Universiti Malaya



*****Sajak/puisi ini telah disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 9/3/2003. Puisi ini telah menerima pelbagai pujian, tahniah dan syabas dari pelbagai jenis kawan , namun sayang sehingga kini sajak ini belum menerima bayaran . Mungkin tak lama lagi kot...Inilah sajak saya yang pertama kali tersiar di Mingguan Malaysia

Posted by hata-ghazali at 1:33 AM EDT
Post Comment | Permalink
Wednesday, 30 June 2004
KIMIA PUSAT SEGALA SAINS
rencana

Kimia pusat segala sains

Saintis Menulis
Oleh Rauzah Hashim
Dalam tamadun manusia sekarang - pergi ke sekolah adalah penting kerana di sana tempat melatih dan membina sahsiah seseorang insan untuk menjadi manusia terpelajar atau sekurang-kurangnya berpelajaran.

Terpelajar kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan tertinggi (terbanyak atau terluas) yang memperluaskan lagi ruang pengetahuan. Mereka menjadi serikandi (master) ilmu tersebut. Seseorang berpelajaran adalah mereka yang mempunyai ilmu yang membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan seseorang individu seharusnya menyeluruh, tidak dogmatik dan membolehkannya berfikiran kritikal.

Thomas Friedman dalam bukunya Lexus and the Olive Tree, mengulas bahawa untuk mempunyai daya saingan yang hebat dalam era globalisasi, seseorang itu mestilah mempunyai pengetahuan menyeluruh atau menjadi seorang generalist (menyeluruh).

Tiga ilmu yang tersangat penting dan menjadi tunjang utama ialah ilmu matematik, pengetahuan tentang sejarah dan kebolehan berkomunikasi (oral dan penulisan).

Tidak kira untuk siapa, matematik melengkapkan seseorang dengan daya fikiran numerik iaitu memberinya deria berangka (number sense). Tanpa asas numerik semua penilaian hanya sekadar agak-agak atau lebih kurang.

Matematik memberi kaedah kuantitatif yang lebih jelas dan bermakna. Kuasa sedemikian memberi ramalan yang lebih tepat justeru boleh digunakan untuk membuat pilihan yang bijaksana. Inilah kunci kejayaan masyarakat Barat.

Dalam buku Life by Numbers, Keith Devlin menghuraikan kaedah matematik yang digunakan untuk pelbagai aktiviti kehidupan seharian, daripada membuat filem di Holywood sehinggalah untuk berjaya dalam kejohanan Olimpik seperti luncur ais. (Lihat juga buku The Number Sense yang ditulis oleh Stanislas Dehaene).

Matematik menjadi lebih utama kepada saintis. Ilmu sains adalah kaedah mengkaji fenomena alam semula jadi secara rasional. Matematik adalah asas sains yang menjadi alat untuk mengupas ilmu alam. Di zaman moden, matematik dan sains saling bergandingan dan sangat mempengaruhi hidup manusia dan kemanusiaan.

Walaupun sains dan matematik amat penting dari segi memberi pemahaman, tetapi keputusan yang diperoleh daripada pemahaman sains dan matematik biasanya tidak memihak. Untuk memanfaatkan sains dan matematik, seseorang itu harus membuat keputusan yang betul dari segi sosial dan budaya masyarakat tersebut.

Maka pengetahuan tentang sejarah menjadi amat penting demi membantu membuat pemilihan yang arif. Pengetahuan sejarah tidak terhad kepada aspek antropologi tetapi lebih menyeluruh. Ini bermakna apa yang penting adalah pengetahuan tentang latar belakang sesuatu isu.

Komunikasi berkesan membolehkan seseorang menyampai ideanya supaya difahami orang lain secara logikal dan rasional. Sahsiah orang berpengetahuan dan terpelajar mesti lengkap dengan kebolehan berkomunikasi sama ada lisan (oral) mahupun penulisan.

Dewasa ini sama ada suka atau tidak, kita terpaksa akur bahawa bahasa utama digunakan di seluruh dunia ialah bahasa Inggeris yang wajar dikuasai.

Yang sebenarnya banyak lagi kebolehan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh orang terpelajar. Pengetahuan ilmiah, pengkhususan cetek dan terpencil tidak begitu berguna. Sistem pelajaran tinggi di luar negara menggalakkan graduan mengambil dwiijazah. Ini sangat berguna kerana pengetahuan termoden adalah pelbagai disiplin ilmu.

Kurikulum di universiti biasa mengandungi komponen kursus dipanggil Transferable Skill yang melatih seseorang bukan sahaja kebolehan berfikir tetapi juga kebolehan menjadikan apa yang difikirkan itu kepada realiti.

Pengajian dalam bidang sains sebagai contoh.

Beberapa komponen Transferable Skill yang ditawarkan kepada penuntut ijazah tinggi yang menjalankan penyelidikan termasuklah kemahiran komunikasi dan persembahan, sains intergriti dan penyelidikan, sains dan media, sains dan etika, pengenalan pemikiran statik, penyelidikan komersialisasi, harta intelektual, visual dan komputer grafik, teknik penulisan dan sebagainya.

Di Barat program pengkhususan sains dwiijazah biasanya dijalankan dalam jangka masa sekurang-kurangnya empat tahun. Malaysia harus mencontohi hal serupa, tetapi apa yang dilihat sejak beberapa tahun lalu program sarjana muda sains dipendekkan daripada empat ke hanya tiga tahun.

Sebab-sebab yang diberikan termasuklah untuk mengeluarkan lebih ramai graduan bagi menampung pasaran pekerjaan dan pada umur mereka yang lebih muda. Sekarang pula terdengar ada program jalan pantas untuk memperoleh ijazah dalam jangka masa pendek di IPTS bagi menjimatkan kos pengajian. Ini menggusarkan sekiranya diguna untuk memupuk kepakaran saintifik yang tidak ada jalan pintas.

Interaksi di antara bidang-bidang sains boleh dilihat dengan menggunakan kimia sebagai contoh. Bidang kimia bukan sekadar membuat ubat. Ia sangat luas, termasuk yang tradisional seperti kimia organik, fizikal dan tak-organik dan ia sering disebut the central science iaitu pusat kepada semua sains.

Interaksi dan pertindihan kimia dengan disiplin sains lain telah lama berlaku seperti bidang biokimia (kimia dan biologi), kimia fizik dan kejuruteraan kimia. Kini kimia menjadi lebih penting dalam pelbagai disiplin kerana ia memberi pemahaman terhadap molekul dan atom iaitu asas bagi semua jirim.

Pada asasnya ilmu kimia menerokai pelbagai perihal atom dan molekul. Contohnya, struktur fizik atom dan molekul boleh dielusidasikan dengan lengkap menggunakan kaedah spektroskopi (nmr, IR, MS, uv dan sebagainya).

Manakala perwakilan fizikal atom dan molekul dari segi visualisasi kini boleh dilakukan menggunakan pelbagai model daripada yang termudah seperti bola dan batang (ball and stick model), model CPK hinggalah kepada pelbagai model yang tercanggih terbitan dari teori kuantum. Kita sekarang mempunyai kaedah untuk melihat atom dan molekul.

- Professor Madya Dr. Rauzah Hashim, Jabatan Kimia, Universiti Malaya.

Posted by hata-ghazali at 2:15 AM EDT
Post Comment | Permalink
Tuesday, 29 June 2004
Venus / Zuhrah
Changing LINKS
< Keterangan gambar : Dari kiri bercermin mata - Dr Zainol ( Jab Fizik ) , HATA ( Jab. Kimia ) dan Dr Sahar ( Jab. Matematik ). Gambar cerapan planet Venus/zuhrah di atas bumbung Jabatan Kimia Universiti Malaya pada pukul 1.13 tengahari 8 Jun 2004

Posted by hata-ghazali at 2:16 AM EDT
Updated: Sunday, 4 July 2004 8:48 PM EDT
Post Comment | Permalink
Monday, 28 June 2004
http://hata-ghazali.tripod.com/hata-ghazali/
Masa depan cerah bagi likuid kristal

Saintis Menulis
Oleh RAUZAH HASHIM

Tidak ramai mengenali perkataan liquid crystals apatah lagi dengan istilah bahasa Melayunya `cecair-hablur', walaupun LCD (liquid crystals display) adalah perkataan lazim digunakan iaitu peranti petunjuk paparan elektronik.

Sebenarnya LCD menggunakan bahan kimia dipanggil liquid crystals atau cecair hablur. Atau lebih mudah, gunakan sahaja istilah likuid kristal menggantikan liquid crystal. Sebabnya jelas seperti berikut.

Istilah mengelirukan liquid crystal atau likuid kristal merujuk kepada fasa cecair yang mempunyai susunan seperti hablur (kristal). Ia cecair atau lebih dikenali dengan benda lembut (soft matter) bukan keras seperti kristal atau pepejal. Biasanya fasa jirim dikenali sebagai pepejal (atau kristal), cecair dan gas.

Contohnya bagi air, fasa pepejalnya adalah ais, fasa cecairnya adalah air biasa dan fasa gasnya adalah wap air. Fasa likuid kristal atau disebut juga sebagai `fasa keempat' jirim, wujud di antara pepejal dan cecair (cecair isotropik). Walaupun kebanyakan bahan menunjukkan hanya tiga fasa iaitu pepejal, cecair dan gas, namun masih banyak bahan lain menunjukkan fasa perantaraan fasa likuid kristal.

Maka likuid kristal adalah fasa perantaraan yang digelar mesofasa (mesophase) - (meso berasal daripada perkataan Greek membawa makna `di antara').

Fasa ini aneh kerana mempamerkan kelakuan perantaraan; ia mengalir macam bendalir (cecair) sedangkan kelakuan optiknya (iaitu bila fasa berinteraksi dengan cahaya) ia mirip fasa pepejal (kristal) iaitu fasa tersusun dan bertertib.

Walaupun teknologi LCD dikenali sejak dua tiga dekad lalu, sains likuid kristal bukan baru. Fasa ini mula dikenal pasti pada 1888 oleh saintis Austria, Friederich Reinitzer yang mengesyaki suatu bahan kimia (cholesteryl benzoate) berkelakuan aneh bila dicairkan.

Beliau menghantar bahan tersebut kepada ahli fizik Jerman, Otto Lehmann supaya diselidiki lebih teliti melalui mikroskop berkutub. Dari pemerhatian mikroskop, kelakuan aneh bahan disahkan berpunca daripada sifat bahan yang bertertib macam kristal walaupun mengalir seperti air. Lehmann menamakan fasa tersebut `kristal mengalir' iaitu Fliessende Kristalle (flowing crystal) dan kemudiannya memanggilnya Flussige Kristalle iaitu liquid crystals (likuid kristal).

Kegunaan likuid kristal bukan hanya LCD, namun dalam tahun 1970-an apabila Twisted Nematic (TN-LCD) diperkenalkan, sains likuid kristal mengalami satu ledakan. Selepas itu kajian terhadapnya tidak terhad hanya kepada keasyikan saintifik.

Saintis mencari asas baru yang boleh digunakan untuk mengeksploitasi fasa tersebut dalam pelbagai aplikasi moden termasuklah smart windows, memory cell, new polymer dan sebagainya. Pelbagai teknologi LCD baru dibina dari STN (super twisted nematic), TFT (thin film transistor) hinggalah kepada LCD ferroelektrik.

Di Malaysia terdapat beberapa industri LCD dan satu-satu yang dipunyai oleh rakyat tempatan adalah Crystal Clear Sdn. Bhd. Yang sebenarnya likuid kristal bukan kristal dan ia juga tidak jelas atau clear kerana pada hakikatnya likuid kristal adalah cecair dan keruh.

Kekeruhan bukan disebabkan wujud kotoran atau keladak tetapi semata-mata kerana interaksi fasa dengan cahaya.

Tahun 1980-an dan 90-an memperlihatkan pengembangan sains likuid kristal merangkumi sistem swa-tersusun dan swa-organisasi, iaitu pelbagai sistem supramolekul dari selaput sel, surfaktan (bahan aktif permukaan iaitu sabun), zarah koloid dan sebagainya.

Sekali lagi, hubungan likuid kristal dengan benda semula jadi telah diketahui sejak awal lagi. Malahan gambar mikroskop tekstur likuid kristal yang pertama dirakamkan pada tahun 1850-an adalah myelin, iaitu selaput yang terdapat pada sel otak.

Dalam kes ini, pembentukan fasa perantaraan (mesofasa) berlaku kerana interaksi bahan larut seperti air dengan bahan yang molekulnya mempunyai dua sifat berlawanan (amfifil) iaitu satu bahagian menggemari air dan satu bahagian lain mengelak air.

Kewujudan dua sifat berlawanan dalam satu zarah (benda) menyebabkan muncul sifat swa-tersusun. Alam semula jadi mengekploitasikan hal ini untuk membantu pelbagai fungsi sistem biologi.

Selaput membentuk dinding bagi sel memenuhi beberapa fungsi. Contohnya, ia menahan kandungan sel tersebar keluar dan menahan benda perosak (seperti virus) masuk.

Namun selaput berfungsi memasukkan dan mengeluarkan ion, enzim dan bahan kimia yang berpatutan di antara sel dan sekelilingnya. Sekiranya selaput sel adalah dinding yang keras fungsi tersebut tidak terlaksana.

Satu lagi bahan utama selaput sel adalah glaikolipid iaitu sebatian kimia yang mengandungi kumpulan gula (seperti glukosa) dan lipid (minyak). Dalam selaput sel, ia berperanan sebagai perantara proses pengenalan antara sel-sel dan pengangkutan tertentu.

Glaikolipid juga adalah likuid kristal. Walaupun beribu kompleks glikokonjugates telah dikenal pasti dan dikaji dalam bidang biokimia, namun sifat likuid kristalnya masih kurang diketahui.

Cabaran terkehadapan masa kini ialah mengkaji sifat likuid kristal bahan dan mengaitkan sifat dan strukturnya, untuk membantu memahami proses biologi seperti fusi sel (cell fusion) dan sistem penghantaran dadah.

Selanjutnya fungsi biologi dalam sel yang membentuk organ berfungsi (seperti, otak, jantung, hati dan sebagainya) sehinggalah menjadi benda hidupan (tumbuhan dan binatang) masih banyak yang belum difahami. Namun kelakuan sistem swa-tersusun boleh difahami melalui bahasa likuid kristal.

Maka tidak salah dikatakan `hati bukan kristal', kerana hati adalah `likuid kristal' iaitu benda-benda lembut. Ini realiti dan bukan sekadar ucapan metafora.

Kebolehan membentuk struktur supramolekul tidak unik kepada glaikolipid, kerana bahan likuid kristal lain juga boleh membentuk morforlogi kompleks sepertinya. Namun kelebihan mengguna glaikolipid banyak, terutamanya dalam bio-keserasian.

Tambahan lagi kajian terhadapnya juga menambah pemahaman pelbagai proses semula jadi dan memberikan bio-inspirasi yang boleh membantu mencipta bahan baru. Glikolipid juga mempunyai potensi sebagai bahan berteknologi tinggi terutama pembentukan nanostruktur kiral (chiral nanostructure) seperti nanotiub, fiber, gel dan sebagainya.

Kewujudan pusat kiral (chiral center) dalam glikolipid memberikan fasa-fasa swa-tersusun seperti kolesterik, smectik*C dan kuib (cubic phases) bererti bahan berpotensi untuk dieksploitasikan dalam kegunaan optik tak-linear (non-linear optic, NLO).

Beberapa saintis Malaysia terlibat menjalankan penyelidikan likuid kristal secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aspek. Dari aspek kimia seperti sintesis, pencirian sifat molekulnya hinggalah kepada fasanya dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), SIRIM, Universiti Malaya (UM).

Kajian fizikal yang menjurus kepada penggunaannya terutama dalam bidang polimer (Universiti Putra Malaysia - UPM), surfaktan (UKM, UM, UPM). Kajian yang lebih memfokus kepada aspek fundamental, seperti teori dan permodelan (UM, UKM dan Universiti Sains Malaysia - USM) dan juga kesan optic tak-linear (USM, UM).

Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Moste) memperuntukan geran kepada sekumpulan penyelidik dari SIRIM, UM, UKM dan UiTM untuk kajian dalam sains dan teknologi glaikolipid yang meliputi sintesis kimia dan enzim, informatik, surfaktan dan sintesis bahan-bahan nano.

- PROF. MADYA DR. RAUZAH HASHIM, pensyarah di Jabatan Kimia, Universiti Malaya (UM).

Posted by hata-ghazali at 11:59 PM EDT
Post Comment | Permalink
Sahsiah saintis lebih utama daripada prasarana
Sahsiah saintis lebih utama daripada prasarana

Saintis Menulis Oleh Dr. Rauzah Hashim
SEKIRANYA kejayaan sains sesebuah negara atau bangsa dinilai dengan mengira jumlah Pemenang Hadiah Nobel maka kejayaan sains di Malaysia sekarang boleh dikatakan jauh panggang dari api.

Harapan murni Perdana Menteri agar suatu hari ada saintis bangsa Malaysia berjaya memperolehnya adalah tidak mustahil. Pelbagai usaha merancang dan merangka untuk menjana `bakat' Nobel Laureate, juga perlu dipuji.

Sejak beberapa tahun lalu Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) mendahului dalam hal ini melalui Program Nobel Laureate, di mana ramai anak muda yang berbakat dikenal pasti dari awal dan diberi bimbingan yang rapi dan istimewa.

Mereka yang berjaya dihantar ke universiti terkemuka di luar negara untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan seterusnya. Kementerian Pendidikan juga mempunyai perancangan yang sama tetapi modus operandinya berbeza di mana penekanan tertumpu kepada peningkatan prasana kelengkapan dan teknologi tercanggih dan termoden.

Singapura juga mempunyai perancangan serupa. Namun bukan untuk Pemenang Hadiah Nobel, tetapi untuk menjana Teknokrat Terkemuka bagi membolehkan mereka cipta teknologi baru seperti yang pernah dicapai oleh anak watannya Sim Wong Hoo. Kejayaan beliau mencipta sistem bunyi digital (siri Soundblaster) untuk komputer peribadi (PC) mendahului teknologi lain dan juga pasaran dunia, sangat dibanggakan. Singapura mahukan lebih ramai bakat seperti beliau.

Untuk tujuan tersebut kerajaan Singapura memperuntukkan sejumlah geran yang besar supaya tunas bakat dapat dikenal pasti dan juga diberi didikan istimewa.

Kebanyakannya pemenang Hadiah Nobel adalah dari negara maju dan hanya segelintir mereka berbangsa Asia yang bermastautin di Barat (contohnya Abdus Salam). Maka anggapan bahawa kemudahan prasana di Barat menjadi faktor penting adalah wajar. Namun begitu bagi saya sahsiah mereka lebih utama.

Tidak dinafikan pemenang hadiah Nobel atau teknokrat terkemuka seperti Bill Gate adalah manusia teristimewa. Adakah resipi mencipta mereka ini? Dalam beberapa syarahan perdana Nobel Laureate yang saya sendiri, banyak pertanyaan ``apakah rahsia kejayaan mereka'' dikemukakan.

Rata-rata jawapan sama diberikan, bahawa tiada rahsia dan mereka tidak pernah terfikirkan menjadi Pemenang Hadiah Nobel. Rata-rata mereka menganggap bahawa kejayaan mereka adalah satu kebetulan yang menggembirakan (happy accident) yang ditempa setelah gigih berusaha. Di samping mempunyai sikap kritikal dan kreatif mereka juga mempunyai tumpuan tinggi (fokus) dan daya tahan berkualiti superhuman (manusia luar biasa).

Seorang saintis dan pencipta terkemuka, Thomas Alva Edison, pernah menyatakan bahawa: ``Genius is one per cent inspiration and ninety-nine per cent perspiration. As a result, a genius is often a talented person who has simply done all of his homework''.

``Genius adalah satu peratus ilham dan sembilan puluh sembilan peratus peluh. Maka genius adalah mereka yang berbakat yang telah menjalankan semua kerja-rumah mereka (iaitu setelah berusaha berlanjutan)''.

Biografi beberapa pemenang hadiah Nobel atau teknokrat terkemuka mengisahkan hal serupa. Malahan ramai yang mengisahkan bahawa kedaifan prasana menjadi pendorong utama meningkatkan daya kreatif dan daya bertahan.

Wong Woo dalam buku beliau Chaotic Thought of the Old Millenium (Fikiran kacau bagi alaf lama) menceritakan kejayaan beliau banyak diilhamkan dari suasana kampung yang serba kekurangan. Alat muzik budak kampung (kampung boy) yang murah seperti harmonika sebagai pencetus daya kreatifnya.

Keinginan menukar suasana daif menjadi dorongan utama untuk terus bertahan walau dalam apa cabaran sekalipun.

James Lovelock, seorang ahli kimia yang banyak menghasilkan pelbagai ciptaan teknologi (dan beliau sering disamakan dengan Edison) dalam bukunya Homage to Gaia (Menghormati Gaia), juga sependapat bahawa daya cipta beliau meningkat bila bekerja dalam keadaan kurang sempurna.

Beliau menambah bahawa sikap kritikal dan tak berkompromi membantu membuat penemuan-penemuan baru. Iaitu kebolehan mencabar idea-idea lama dan melihat arah lain.

Kalau kita kumpulkan semua butiran sikap (sahsiah) seorang Pemenang Hadiah Nobel atau Teknokrat Terkemuka, bolehkah kita mereka cipta watak ini dalam satu formulasi khusus dan tertentu? Atau mungkinkah kita lebih berjaya dengan menggunakan kaedah rawak dan tidak terencana?

Yang penting adalah usaha dan tumpuan diberikan untuk meningkatkan prasarana dan sistem pembelanjaan kita (di kampung dan juga bandar) ``tahap bertamadun tinggi'' iaitu sebuah masyarakat yang mencapai taraf mencintai ilmu yang mendalam. Cintakan ilmu kerana ilmu.

Sekiranya hal ini terlaksana, dengan satu happy accident, watak istimewa muncul tiba-tiba mungkin dari sebuah kampung Felda tersorok. Budak kampung yang menjadi Pemenang Hadiah Novel pertama untuk Malaysia. Ini bukan angan-angan, tetapi satu harapan.

Walaupun kandungan sistem pembelajaran kita digubal rapi dan dikatakan yang terbaik di rantau ini, namun penghayatan dan pengamalannya tidak menjurus kepada pembetukan sahsiah mencintai ilmu pengetahuan.

Sistem pembelajaran kita terlalu pentingkan hasil kerana dorongan material atau ganjaran yang dikaitkan kepada berapa `A' dan berapa kajang sijil yang diperoleh. Dari peringkat sekolah rendah lagi anak-anak kita sibuk mengumpul siji penganugerahan bagi setiap aktiviti walaupun kebanyakannya terlalu remeh, semata-mata kerana ia menjamin mereka ke sekolah yang baik untuk mendapat biasiswa. Di peringkat menegah, ramai guru menasihati para pelajar supaya tidak membaca buku teks tetapi menumpukan perhatian kepada buku latihan, nota ringkas dan contoh jawapan.

Para pelajar diberi latihan latih tubi lebih daripada 20 kali sebelum peperiksaan. Iaitu menjalani lebih dari 20 set kertas contoh peperiksaan. Program motivasi mengajar teknik menjawab soalan. Tren terbaru memastikan kejayaan cemerlang adalah program bacaan Yasin dan sembahyang hajat beramai-ramai sebelum peperiksaan untuk pelajar beragama Islam.

Membaca dan sembahyang hajat adalah wajar tetapi bila dilaksanakan secara massa dan sebegitu rupa timbul pertanyaan adakah amalan tersebut ikhlas? Adakah ia berkesan? Adakah ia satu harapan palsu?

Contoh-contoh di atas hanya sebahagian dari amalan yang menggambarkan penekanan melampau terhadap peperiksaan dan hasilnya. Hasilnya memang jelas, ramai pelajar yang mendapat A. Jadi apa salahnya?

Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengalami fenomena overload (lambakan maklumat). Selesai peperiksaan mereka mencampakkan semua buku dan nota secara fizikal dan mental. Mereka penat.

Di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) mereka mengalami culture shock. Pengajian di IPT memerlukan mereka menimba ilmu pengetahuan yang terkini dan di sempadan terhadapan, tiada lagi nota ringkas, tiada latih tubi, tiada contoh jawapan. Mereka mesti mencari sumber pelajaran sendiri dari menelaah buku-buku dan jurnal dan mencatatkan penemuan terbaru.

Kaedah suap yang menjadi amalan selama hampir 12 tahun di bangku sekolah tidak melengkapkan mereka menjadi ilmuwan yang mempunyai daya inisiatif tinggi, cekal, tegar dan mencabar. Kebanyakan mereka hanyalah robot yang diprogram untuk berjaya memperoleh A.

Tidak kurang juga mereka bosan dengan peperiksaan, mereka mengalami sindrom penafian minda. Kebanyakan mereka tercicir dan kebanyakan mereka adalah pelajar lelaki Melayu.

Di peringkat tinggi, terdapat ramai pelajar yang tidak berminat untuk membaca buku. Bila tugasan diberi, ramai yang membuat rujukan menggunakan ensiklopedia kanak-kanak. Daya pemahaman mereka lemah dan tidak dapat membaca ayat panjang. akibatnya mereka tidak berkeupayaan berhujah semula.

Terperangkap dalam arus mementingkan kecemerlangan hasil, di IPT para pelajar juga mendesak pensyarah memberikan mereka nota ringkas, format soalan dan contoh jawapan. Ilmu yang mutlak tidak lagi penting.

Kini IPT, menara gading bertradisi mendokong ilmu yang tertinggi, juga lebur sedikit demi sedikit untuk menjadi kilang mencetak sijil. Masalah inilah yang harus kita fikirkan bersama. Apa yang lebih penting, ilmu atau sijil?

- Prof. Madya Dr. Rauzah Hashim ialah pensyarah di Jabatan Kimia, Universiti Malaya (UM).

Posted by hata-ghazali at 11:54 PM EDT
Post Comment | Permalink
Thomas Alva Edison: ``Genius is one per cent inspiration and ninety-nine per cent perspiration. As a result, a genius is often a
Nedstat 3.0 basic utk. Lobi Melobi Saintis lebih utama daripada prasarana

Posted by hata-ghazali at 9:21 PM EDT
Updated: Monday, 28 June 2004 9:28 PM EDT
Sunday, 27 June 2004
CERAPAN TRANSIT PLANET VENUS/ZUHRAH -8 JUN 2004 DI ATAS BUMBUNG JABATAN KIMIA , UNIVERSITI MALAYA.
< keterangan gambar dari kiri: bercermin mata - Dr. Zainol , Penggali Kubur & Dr. Sahar>

Posted by hata-ghazali at 2:33 AM EDT
Post Comment | Permalink
Penyelidikan Sains

Budaya penyelidikan sains

Saintis Menulis
oleh Dr Rauzah Hashim
SEJAK kebelakangan ini banyak berita tentang saintis tempatan dari beberapa universiti menerima pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Paling menggembirakan saya ialah apabila Prof. Lam Kit Sai dari Jabatan Mikrobiologi Universiti Malaya diumumkan menerima anugerah sains dari Jepun, kerana sumbangan beliau menemui virus Nipah.

Saya tidak ketinggalan mengucapkan setinggi tahniah secara peribadi kepada beliau.

Prof. Lam menjawab dengan sangat berhemah bahawa beliau sekadar mewakili kumpulan penyelidikannya. Anugerah dan hadiah tersebut adalah untuk dikongsi bersama ahli-ahli dari kumpulannya.

Memang benar, kejayaan sesuatu kajian saintifik di zaman ini, biasanya adalah hasil dari kerja kumpulan yang kukuh. Jarang ada saintis yang boleh wujud dengan cemerlang tanpa apa-apa sokongan. Malah ada banyak lagi faktor lain yang diperlukan untuk sains maju dan bersaing di arena antarabangsa.

Gabungan faktor-faktor tersebut mewujudkan apa yang sekarang dipanggil ``budaya penyelidikan saintifik''.

Sebenarnya tanggungjawab membentuk budaya penyelidikan saintifik bertaraf dunia bukan sahaja terhad kepada saintis dan ahli penyelidik tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam hal sokongan.

Ini termasuklah badan yang memberi sumber kewangan dalam bentuk geran penyelidikan yang mencukupi seperti Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar; pusat sumber maklumat yang lengkap dan bertaraf dunia iaitu perpustakaan yang baik; pengurusan sains yang langat dan efesien; pembantu makmal dan juruteknik yang mengendali dan menyenggara peralatan saintifik canggih sehinggalah kepada pembekal-pembekal peralatan.

Mereka ini semuanya mestilah berusaha untuk mencapai matlamat kecemerlangan yang sama. Sekiranya ada yang lali, maka kerja saintifik akan terbengkalai, para saintis akan menjadi sangat kecewa dan usaha mereka terbantut.

Contohnya, pembekal bahan-bahan kimia yang lambat membawa bahan yang dipesan - kadang kala sehingga lebih setahun - disebabkan pelbagai faktor birokrasi pelbagai peringkat, mungkin kerana bahan kimia tersebut adalah bahan kimia kawalan dan sebagainya.

Pendek kata koordinasi yang lancar pada semua peringkat sangat diperlukan.

Namun begitu semestinya saintislah yang memikul sebahagian besar tanggungjawab membentuk budaya penyelidikan saintifik tadi.

Ia bermula dengan amalan profesional bertahap tinggi dan mempraktis sains menggunakan kaedah sains (kaedah sains).

Dalam latihan menjadi seorang saintis, sahsiah mereka dibina begitu rapi sehingga mencapai satu taraf yang boleh diperakukan oleh badan bertauliah seperti pelbagai badan profesional saintifik yang terdapat di dalam dan luar negara.

Badan-badan tersebut antara lainnya memberikan garis panduan terhadap kelakuan profesional untuk ahli-ahli mereka.

Menurut American Chemical Society, sebuah badan untuk ahli kimia, berikut adalah ``kod seorang ahli kimia'' (The Chemist Creed) yang pernah diterbitkan dalam sebuah artikel pada tahun 1987.

1. Kepada orang awam

Untuk menerangkan fahaman yang sebenar tentang sains kimia; mengelak membuat kenyataan yang belum sah, bohong atau melampau; menghalang sebarang cubaan salah laku yang merosakkan kepentingan dan kesejahteraan awam dan berkongsi dengan rakyat jelata tanggungjawab terhadap hak dan faedah kegunaan penemuan sains.

2. Kepada sains

Untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kaedah sains dan memperkayakannya dengan sumbangan sendiri demi kebaikan manusia sejagat.

3. Kepada profesion

Untuk menegakkan maruahnya sebagai satu cabang pembelajaran dan praktis; untuk bertukar-tukar pendapat dan maklumat melalui pelbagai persatuannya dan penerbitan; untuk memberi penghargaan atau pengiktirafan kepada kerja-kerja orang lain; dan mengelak daripada pengiklanan yang tidak bertempat.

4. Kepada majikan

Untuk berkhidmat dengan tidak berbelah bagi dan secara luhur demi kepentingan bersama; menjaga hal yang diutamakan dengan melakukan apa yang perlu seolah-olah itu adalah hal sendiri.

5. Kepada diri sendiri

Untuk mengekalkan kewibawaan profesional sebagai seorang individu; sentiasa mengetahui tentang perkembangan terkini profesion; untuk menegakkan setinggi-tingginya idea kebanggaan diri sendiri; hidup secara aktif; well-rounded dan berguna.

6. Kepada pekerja

Untuk menerima mereka sebagai rakan kongsi, sentiasa menjaga kepentingan fizikal dan mental mereka; memberi mereka galakan terhadap kerja mereka, memberi kebebasan secukupnya demi perkembangan peribadi mereka sejajar dengan melakukan kerja yang betul; memberi mereka habuan yang adil dari segi kewangan atau penghargaan (pengiktirafan) terhadap sumbangan saintifik mereka.

7. Kepada penuntut dan rakan sekerja

Untuk sama belajar dengan mereka, untuk memberi penerangan yang sejelasnya dan mencari pendekatan yang singkat; untuk banyak bersabar; memberi galakan dan tidak melepaskan peluang merangsang mereka supaya sentiasa meneruskan tradisi gemilang sains.

8. Kepada pelanggan

Untuk sentiasa jujur dan tidak menjadi ejen korupsi, menghormati keyakinan mereka, menasihat tentang hak sebenar dan mengenakan bayaran yang sewajarnya.

- Prof. Madya Dr. Rauzah Hashim, Jabatan Kimia, Universiti Malaya (UM)

Posted by hata-ghazali at 12:36 AM EDT
Updated: Monday, 28 June 2004 9:35 PM EDT
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older